skip to main |
skip to sidebar
|
terus membawa diri |
Jangan berkecil hati dengan teguran orang. Jika kita berkecil hati dengan teguran orang, sebenarnya kita telah berkecil hati dengan Allah. Kerana apabila seseorang itu menegur kita, sebenarnya Allah yang menegur kita, MELALUI ORANG ITU.
Jadi kalau kita dimarahi atau ditegur, bersyukurlah kerana DIA masih sudi mengingatkan kita disaat masih ramai yang tak terpilih untuk ditegur olehNYA.
Layakkah kita hamba yg hina ini untuk main merajuk-rajuk dengan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Esa, padahal apa yang DIA takdirkan semuanya kerana kasih sayangNYA untuk kita.
Ada kalanya kita berasa ‘down’ apabila ditegur atau dimarahi semasa semasa proses pentarbiahan diri, ataupun tatkala merasakan diri kita banyak kelemahan dan kekurangan. Akan tetapi, ingatlah akan sabda Nabi s.a.w “Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri seorang hamba, nescaya Dia menjadikan hamba tersebut melihat kekurangan yang terdapat pada dirinya.”
Dan apabila kita mula merasakan diri kita amat jauh dari kesempurnaan..terasa diri penuh kelemahan dan kekurangan..sedarlah wahai teman..rasa itu merupakan penghormatan dari Tuhan buat hamba-hambanya supaya si hamba senantiasa merasakan dirinya tetap berada ditaraf hamba yang hina.
bukan sekadar omongan kosong
:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved
16 comments:
sukee!
nak berkecil hati eh..haha
mesej berjaya disampaikan abe jiji!
got it =) TQ! pasni xmaw dah down2, mrajuk, trasa hati bagai.. haha
thanks ji :)
faham.. =)
kecil hati perkara yang susah hilang dan menyusahkan diri. =)
tapi kan abg jiji. yg nak menegur tu pon biarlah beradab sikit, jgn maen serbu plak dpan2 org ramai. kasi aib org je
bagi amani kalau org berkecil hati ada 2 sebab je.. samada dia xle trima teguran ataupun org yg menegur itu kurg@ x berhikmah tegurannya.. heee..nice sharing
tq jiji entri ni..kadang2 ada juga kecil hati
bila kita berkecil hai dgn manusia, cer fikir balik brapa byk kita dh kecilkan hati Allah..
^_^ bersyukurlah, jika Allah masih beri ada 'rasa' dlm hati,
ape maknanye? maknanya kena ubah mana2 yg tak kena, tpi kalau x de rase ape.. -.- doakan utk org tu..kesian diaa
terima kasih jiji tegur kami selama ni
syukur kamu antara org yg tegur kami...
perkara kecik hati ini dah selalu sangat kita alami. kadang pada benda yang remeh saje.
syukur masih ada yg mahu menegur
anda hamba Allah yg dikirim oleh Allah utk menyampaikan ilmu ni pada kami. alhamdulillah.
Post a Comment