gagal

aku gagal..kenapa aku masih terr senyum?
sebab aku tak takut dengan kegagalan ...
APABILA aku dah berusaha,
APABILA aku dah berdoa,
APABILA aku dah bertawakal kepadaNya.

kerana,
aku percaya Allah mendengar doa-doaku,
aku akui dengan nyata Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

mungkin kegagalan sangat menyakitkan,
terutamanya apabila kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mencapainya,
dan tanpa terduga,
keputusannya tidak seperti yang dijangka.

mengapa sedih dan berdukacita?
sebenarnya kau bukan gagal untuk segalanya.
kemenanganmu sedang tertunda.
jangan lekas putus asa dengan kegagalan yang kau rasa,

bukan kegagalan itu yang akan meruntuhkanmu sepanjang perjalanan,
ia hanya suatu cubaan,
dalam sebuah pengharapan,
akan ada suatu ujian,
sejauh mana kita mampu mensyukuri nikmat Tuhan.

menyesal ke berdoa, berusaha dan bertawakal kepadaNYa?
jangan pernah ungkapkan sedemikian rupa,
kerana,
boleh jadi kegagalan ini yang akan menjadi tangga untuk kau menaiki puncak kejyaan.
Dia maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa.
yakinlah ada kejayaan yang lebih besar menantimu dihari depan,
kegagalan hari ini hanya sebagai modal untuk meminjam masamu supaya kau lebih rela berusaha dengan penuh kegigihan,

tak usah peduli dengan suara-suara sumbang yang mengata di belakang,
kita tidak melakukan apa-apa kesalahan,
biarlah mereka dengan ejekan dan hinaan,
kerana Allah menilaimu lebih tinggi apabila kau bentengkan diri dengan kesabaran.
apabila mereka mengejekmu dengan cercaan,
mereka sebenarnya merendahkan nikmat yang telah Allah berikan.
mereka lupa siapa sebenarnya yang mengatur kehidupan, kejayaan dan kegagalan.
mereka tidak sedar nikmat yang sedang mereka punya bila-bila masa boleh kembali kepadaNya semula jika Dia mengkehendakiNya,

mereka yang merendahkanmu ,
sebenarnya sedang membakar semangatmu,
tunjukkan kepada mereka bahawa kau sebenarnya mampu,
inilah titik untuk memulakan kembali perjuangan yang kian layu,
berterima kasihlah kepada yang orang merendahkanmu,
dia sebenarnya sedang menunjuk jalan buatmu,
 
terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu, dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur (al-a'raf:144)

segala yang kau miliki,
adalah milikNYa,
jangan risau kerana Allah maha kaya,
ada kejayaan buatmu di hari muka.
teruskan berusaha jangan pernah berputus asa.
 



bukan sekadar omongan kosong

22 comments:

~SaL IjOu~ said...

bilamana kita meletakkan keyakinan pada DIA..sepenuh hati..gagal itu bukan lagi satu kesedihan..malah buat kita terus bangkit..lagi & lagi..~

iz said...

tq...

Umi Anaan said...

success is never ending and...
failure is never final..

Mr feckry said...

berserah pada Allah

Rozuan Ismail said...

sebenarnya bila kita gagal, tuhan menyediakan kemenangan yang lebih besar bagi kita

diana said...

memang kadang2 nak buat2 tak peduli dengan cakap orang..tapi bila cakap2 orang tu jadi makin lama makin rancak sampai mempengaruhi hari2 ku,mau tak hangin kan??heheheh...
sebab tu manusia takut dengan kegagalan..ianya disertakan dengan cemuhan dan pandangAn buruk orang lain.

Anum said...

serahkan kepada yang berkuasa

jehanfrhin said...

gagal bukan bererti kalah atau mengalah..
tapi perlu letakkan lebih lagi usaha.. mungkin usaha selama ini dah kuat.. tp belum cukup kuat..

teruskan sampai berjaya =)

yana-feehily said...

mmg down skrg ni..alhamdulillah entri ni sedikit sebanyak dpt kembalikan semangat. tq..

[sutera kasih] said...

Allah lebih mengetahui..be strong jiji

Paradise Gal said...

Allah tak pernah beri kan yang tidak baik untuk hambaNya.

piNky LuCiA said...

Jangan risau.. Allah itu maha Adil.. =) Pasti ade hikmahnya.. kan?

Feza said...

suka post ni! <3

intan.maisarah said...

aku gagal. tapi aku senyum puas.
aku gagal. tapi hati aku lega.

KuNanGKuNanG said...

sy suka n3 ni..skrg sy rase sy sedang diuji Allah untuk mendapatkn sesuatu..saat yg paling sy tunggu2..sy dah hampir ke arah itu cuma mungkin sy perlu sabar dengn kerenah 'si dia' dan keluarganya..sy tkut sy kecundang tp sy yakin Allah tlah aturkan segala2nye..xputus2 doa sy panjatkan padaNYA..moga segalanye dipermudahkan Allah.

Hami Asraff said...

Mengharap banyak, kecewa bakal banyak jugak.

Fatin Nadia said...

niceee..

ghost writer said...

yerp! kemenangan sedang ditunda sehingga kita betul2 menyerah.

Suhaili Sarif said...

kdg kala kegagalan tu buat kita lg kerja kuat :)

Noraim said...

belajar dari kegagalan itu. mungkin ada yg lebih baik menanti dari yg gagal itu :)

cimöt said...

yuppp..aku setuju sangat2 ngan ko ji..

Iffah Afeefah said...

gagal y mnggembirekan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved