merintih mengubat kerinduan

jika hidup tiada dugaan dan macam macam masalah, mungkin kita akan hanyut dengan kegembiraan dunia..kita tidak akan sedar akan apa kelemahan kita, kesilapan kita , kesedaran berfikir dan juga sebagai pengajaran sebagai makhluk Allah yang khilaf….mungkin kita akan menangis smpai terduduk tersungkur kerana tidak tahan akan tohmahan dunia,tapi sedarlah, itu bermakna kita sedang diuji dengan ujian yang amat berat…

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
 
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.Setiap ujian dari tuhan membuktikan bahawa tuhan sedang mengheret kita untuk merintih dan berbicara denganNYA.

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

p/s
semakin berat ujian yang melanda..semakin rindu tuhan akan rintihan kita..sedarlah bahawa insan sedemikian merupakan insan pilihan tuhan..



bukan sekadar omongan kosong

13 comments:

senyumSOYA said...

betul!! ^^

Allah sayangkan kita..

lifedreamhope12 said...

segala ujian dan cabaran mendewasakan sebenarnya.. semua bersebab.. :)

fRaMe+LenSeS said...

Satu satunya y pasti xkn mgecewakan. ;)

lieynanilaz said...

kita tidak kuat sebenarnya dan sering menyalahkan takdir pabila diberi ujian..

ghost said...

aku fikir memang cantik sangat view kat situ kann..

laut ker atau tasik tu,Ji?

cimöt said...

Allah uji kerna dia tahu kekuatan hambanya..

angle lain gambar ni ngan semalam kan?

Unknown said...

hurmm aku skong

Paradise Gal said...

ujian itu adalah hidayah, anugerah bagi yang mengalu-alukan kedatanganya dan bagi yang pandai menilai dan menghargainya. :)

FYDA said...

^_^ nice!
tambah sikit, selain dri melihat laut, sungai dan langit, mari kita melihat alam flora dan fauna, insafi juga bile tengok keadaan orang2 yg susah yg bnyak sebgai pgemis jalanan ~

Hansyirah Takezur said...

suka kata2 kat bawah tu.. psl laut, sungai,langit tu...

amiklah ibrah dr alam.. :)

jazakallah.

Sunah Sakura said...

subhanallah...rasa tenang baca entri ni...

apdm said...

salam...

insaf....


yea...sy sedar...Alllah sgt syg sy...

wanie_mn said...

makin kiat iman kita, makin kuat dugaan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved