islam tahap manakah kita??

dalam satu kelas bebudak darjah tiga

"okeh memurid chumil sekalian..sapa sapa yang rasa dia islam cer angkat tangan sampai nampai ketiak memasing!!!."..kata ustad jiji

"saya ustad.."

"saya pon"

" saya dah memang islam dah ustad"

"kitorang semua islam ustad!!!!"

"waahha..bersemangat bebeno korang eh..okeh.dah tu smua dah islam..ustad nak tanya pulak..APA ITU ISLAM????"..

Kanak-kanak itu semuanya terpinga-pinga. Apakah Islam???..


Hanya persoalan itu bermain di kotak fikiran mereka, bekerut-kerut dahi, tanda memikirkan persoalan yang telah diajukan itu..


Amirul Mukmin, ketua kelas mencuba

‘ Ustad, mak ayah saya Islam, jadi, saya, abang, kakak , adik semua pun Islam lah..’


‘Percubaan yang baik Amirul Mukmin, baik yang lain??’
Kelas hingar-bingar dengan perbincangan tak langsung anak-anak kecil itu sesama sendiri, mahu bangun,tapi rasa-rasa tiada jawapan yang konkrit boleh diberikan.

ijat nak cuba jawab jugak
'ustad..kan ke maka ayah kita bagi nama islam pada kita..maka kita dah islam la tu..cam nama saya..fathul aizat..kemain islamic  bunyinye kan ustad??'

‘Bagus engko ijat’. Nama-nama yang ada maksud diberikan sebagai satu manifestasi doa ibu ayah buat kita. Yang penting panggil nama penuhnya, kalau tidak masakan menjadi doa. percubaan yang baik ijat’.yang lain lain Ada lagi tak weyh??’


taufiq pon nak cuba jugak
"ustad.kan ke kita dah solat..puasa..pergi haji.bayar zakat..kira dah islam la tu ustad kan..tu la islam ke camne??'


"betol dah tu taufiq.tapi tu merangkumi rukun islam..tapi tak berapa menepati kehendak jawapan ustad lagi.."


Pangajaran dan pembelajaran hari ini bermula dengan kata kunci ‘Islam’. bebudak itu kelihatannya bersemangat, teruja, termangu-mangu, tersengguk-sengguk, buat tak tahu pun ramai gak


Macam-macam..

Namun, aku, engko, korang bagaimana?

Adakah kita masih memahami Islam pada tahap darjah 3 sahaja, sedangkan usia kita makin meningkat dan akan berakhir pada bila-bila masa sahaja..

Apakah Islam sebenarnya?




bukan sekadar omongan kosong

15 comments:

Unknown said...

bukan ke main rock betol ko dgn budak2 ye kalau mgajar.huhu

azwa amani said...

ermmmm, memang budak2 sekarang mcm tu lah jawabnya.. amani pun pernah tanya soalan tu.. ape tu Islam.mengelabah x dapat jawb.. huhu..perlu dididik lagi..

Cik Pulau said...

cer ostad bagi jawapan kat bebudak darjah 3 tu... bebudak yang dah besor panjang pun nak dengor gak neh.. hahaha

Anum said...

macam2 perangai budak2 sekarang nie

reenapple said...

hurm... aku tertanya-tanya.. =)

Diana @ BKKC said...

islam merangkumi semua kan pak ustad?....zahir dan batin..macam hari raya... (erkkk..jawapan bdk darjah 3)

liyana said...

nice ustaz...semoga bleh diperjelaskn lg kt bdk2 tu ustaz...ambo pn nk taw sekali

Unknown said...

islam bagi aku tentang cara hidup, pegangan, kepercayaan kita =)


apakata ko wat entry ape itu islam

Sunah Sakura said...

Islam itu menyerah diri....

Kalamhati said...

Islam bukan hanya pd nama dan keturunan..
Ia merangkumi seluruh aspek hidup kita..dihayati dan didukung..

inna_risna said...

itu tahap budak2 darjah tiga punya jawapan..klo kita pula yg dah mbesar nie,apa la pula jwpnnya.

bg inna, islam itu kepercayaan.dan menyerah diri kepada Pencipta..

Mutiara Bernilai said...

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah..

itu jawapn yang pertama jika ada yang bertanya apa itu islam..

jika ada yang mahu bertanya lebih, surah al ikhlas jawapan tambahan saya..

Eera Shera said...

smoga islam kita bkn skdr pd nama..nice entri!

Kira Sakura said...

Islam bkn hanya pd lafaz.. tp hati dan tingkah laku yg membenarkan dan membuktikan yg diri itu islam..

Unknown said...

apa kata ustaz bagi jawapan ustaz apa islan sebenarnya? sy pun nk tahu nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved