orang baik tak boleh dijadikan hujah

Situasi 1:
A: Eh, wanita wajib ke pakai stokin.
B: Aku tak pasti pasal hukum hakam ni, tapi setahu aku wanita hanya boleh dedahkan muka dan tapak tangan je.
A: Tapi hari tu aku pergi pasar, aku jumpa makcik pakai jubah, tudung labuh, dia tak pakai stokin pon, tak tutup pon kaki dia.
B: …………

Situasi 2:
A: Eh, wajib ke tutup aurat dengan abang ipar?
B: Aah. Wajib tutup aurat dengan abang ipar, sebab kita bukan mahram dia.
A: Tapi ada kawan aku tu, budak baik. Memang jaga lah aurat dia, dia cakap depan abang ipar dia tak paka tudung pun.
B: ………………………

Situasi 3 :
A: Eh, keluar berdua-duaan dengan makwe tak baik kan?
B : Aah. Kita dilarang berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahram kita.
A: Tapi kenapa ketua dakwah kat kampus  aku dulu selamba je dating ngan makwe dia.
B: …………………….

Satu kesilapan umat islam zaman sekarang adalah melihat islam itu pada diri seseorang. Seseorang yang dicop budak dakwah dan budak baik akan dijadikan sebagai hujah untuk menyokong hujah yang dicipta sendiri. Ya, ia berlaku kerana adanya umat islam yang tidak mengamalkan islam sepenuhnya, mengambil perkara yang dirasakan mudah dilakukan sahaja. Telah berfirman Allah s.w.t dalam al-quran;

” Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” [ Al-Baqarah 2 : 208]

Allah s.w.t telah mengingatkan kita untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. Tidak ada firman yang memerintahkan umat islam untuk memilih melakukan perintah mana yang dirasakan sesuai bagi diri senirik.

Bagi yang merasakan berat untuk menutup aurat sepenuhnya, bagi yang rasa berat untuk melaksanakan perintah Allah sebaiknya, usah menciptakan hujah sendiri, jangan budak dakwah dijadikan bahan untuk membuktikan hujah anda betul.

Kerana manusia itu tidak semua sempurna, jangan meletakkan kepercayaan korang pada islam melalui seseorang manusia sahaja.
Kerana Islam itu agama yang sangat suci, yakinilah bahawa setiap yang ada pada islam itu punya hikmah untuk memberi kebaikan kepada kita dan seluruh umat Islam. 

p/s
bermusafir dan berkelana..



bukan sekadar omongan kosong

16 comments:

Unknown said...

sama jugak macam nak tengok keindahan Islam. jgn tgk pada sikap penganut dia. lihat sendiri pada ajaran islam tu

fRaMe+LenSeS said...

sokong ng ang boss. jgn tengok orang. tengok ISLAM kata apa. kalau cam tu mmang sampai mati la tak ikt hukum sebab nak banding ng orang. aiyohhhh

Unknown said...

setuju! kalo bagi teguran je, mesti nak compare2 dgn orang lain. kite pn jadi mati kutu tyme tuh. aduhai~ X(

Nuruashia said...

ji..uh pasal pakai stokin tu...try ushar video ustaz azhar..die kta xdosa xpakai stokin yg dosa dedah kaki..kaki tu aurat..kalo die xpakai stokin but die labuhkan kain or seluar sehingga xnmpk kaki,,xdosa kn? even die xpakai stokin..betul dop?

Kalamhati said...

btul tu ostad jiji..=)

Anonymous said...

hmm.. tu la pasal -_-"

sometimes dorg terlalu agungkn role model, yg baik diikut, yg silap kdg2 buat x nampak .. or terkonfius sndiri....~

Syazwan Che Deraman said...

em..ramai jadikan "orang baik" yang salah tu sebagai contoh.

parok parok.

Umi Anaan said...

patutnya jadikan Rasullullah s.a.w sebagai contoh.

Athirah Ahmad said...

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

manusia cenderung untuk melihat keburukan orang lain berbanding kebaikan seseorang. yang buruk dihebah-hebahkan, yang baik tidak dicontohi dan dijadikan teladan. sama2 lah kita bermuhasabah diri sendiri. =)

Fasihah Supian said...

yaa...setuju...jangan jadikan manusia yg kelihatan baik untuk berhujah, pada setiap kita memang tak sempurna tapi berusaha untuk menjadi sempurna..

[wani_mn] said...

berdakwah tak memerlukan org yg menutup aurat/ pendakwah hebat/ ustazah/ bketayap/ btudung labuh shj. slagi kita manusia, kita still ada hak nak bdakwah. mereka pun manusia, bkn maksum. manusia mana tak silap.

Hello Hello said...

betol gok op

Unknown said...

kan ustaz dah marah...hehe

Unknown said...

belajar dengan memahami..
bukan belajar dengan tiru orang...hehehe

Unknown said...

Mmg aku je dlm dialog ko tuh haha

misskonspirasi said...

soalan yang sememangnya selalu keluar dari mulut anak sedara.. hehe harap kita tergolong dalam mereka yang baik2 hendaknya,..amin salam kenal dari saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved