kiblat terpesong..

cara tengok tang mana matahari jatuh dah takleh pakai yee
"ek eleh bhai..ka'abah tu kan kemain jugak besarnya..setakat larik sikit kiblat kita..tak kemananya jugak..dok mengadap ka'abah tu jugak kan.."

hotak engko..sesenang engko ukur sudut dunia ni sesuka suki hati engko..satu darjah engko terpesong dari arah kiblat sebenar...125km engko tersasar dari kaabah..engko tau tak weh???

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar. Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.
“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan. Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.”
“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.
Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati.
 
dah kata nset kemain canggih..lagikan kambing opah engko hilang enphong engko leh detect tang mana posisi kambing tu..takkan le kiblat umat islam ni enphong ko takleh nak tunjukkan..nak tak nak je..



bukan sekadar omongan kosong

17 comments:

azwa amani said...

nice.. :)

Anisa Hang Tuah said...

thnkz ustaz!

Admin said...

thanks..
beli kompas kiblat ^^

Umi Anaan said...

dulu, ade jugak member cakap lebih kurang macam tu..'kaabah tu empat segi, kalau kiblat senget sikit tak apa'.. saye iyekan je lah sebab nak bangkang tak tahu apa2 pasal 125km tersasar tu. sekarang ni dah tau dah. thanks for sharing.

A-N said...

tau dop, kat U yg saya blaja ni, pelik sangat. surau blok akademik kiblat lain. kolej laki and pmpuan pn kiblat x sama. sedih sbb one day masa smaye kat surau tu, tegur lah mak cik cleaner and mahasiswa yg lain pasal kiblat tapi diorg tetap nak smaye kiblat salah.

act dah bertahun2 mslh kiblat salah ni kat kolej tapi xdop inisiatif nak betulkan. haishh. sedih.

Syazwan Che Deraman said...

aku plak
dalam rumah aku duduk panji tu, dale bilik aku, lebih kurang pukul 11..

kalo kita main yakin je, kiro okey tak?.

kena check molek ni.
timo kasih bos.

Redhzuan Indera said...

ya . dalam hidup ni sentiasa ada pilihan . antara mahu dan tidak mahu je . = )

done following.

http://coretpujangga.blogspot.com

macyhumaira said...

huuu tu la mslh besar sebenarnye. na cr la gadget y ley detect arah kiblat

senyumSOYA said...

betul2.. check betul2 ^^

Kalamhati said...

betul tu..jgn amik mudah..

kemah keming gamba!

Eera Shera said...

trime kasih ostad!

Anonymous said...

Aku ada dengar satu ceramah dari ustaz ni, dia cakap kalau terpesong sikit je arah kiblat tu, tak sah shalat..

*benda2 macam ni tak boleh amik ringan la kan..

نورعيم said...

terima kasih :)

before ni selalu sgt was2 kalau nak cari kiblat snn certain tmpt xde petunjuk arah.

asyifamustaffa said...

teringat kat arwah abah sy....
dia lah antara orng yg slalu jaga pasal arah kiblat nie, dulu arwah yg akan pacak 1 kayu depan rumah, pastu arwah sndiri yg tengok bayangan kayu tu...bila baca n3 nie..btul² buat sy teringat pada arwah...dah la mlm tdi sy mimpikan dia....al-fatihah utk arwah....

sory mencelah sikit....

inna_risna said...

nice info.
inna br tahu pasal satu darjah kiblat terpesong nie bersamaan 125km tersasar dr Kaabah...

cimöt said...

teringat masa kecik2 dulu..ade sejadah yang ade kompas kiblat..sekarang tak penah jumpa lagi..

wawa said...

Salam..
Nice sharing. Baru tau info ini. 1 drjh = 125km.. Subhanallah...

Thanks, nmpknya kena semak balik arah kiblat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved