saudari..awak memang cantik..sangat cantik..
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
saudari..
cantik luaran takkan pernah kekal abadi..saat ini..boleh la nak berbangga bangga dengan kecantikan yang dimiliki..kemain lagi dok tayang sana sini..konon kononnya..mensyukuri nikmat illahi..namun apa yang pasti..setelah beberapa waktu nanti..saat kedutan mula terbentuk disana sini..tak akan ada lagi kecantikan yang pernah dibangga banggakan..apatah lagi bila dah masuk liang lahad..memang takkan ada yang manusia yang nak masuk dekat..
wahai saudariku..
kecantikan mu adalah pemberian..bukan untuk dibangga banggakan..bukan untuk ditayangkan..dan sepatutunya kecantikan haruslah disyukuri dengan cara yang dibenarkan tuhan..Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.tak rasa rimas ke wajahmu itu ditayang dan dipandang lelaki berhari hari..tu tak kira lelaki yang berimaginasi tinggi lagi..bahaya kot..
saudariku..
apa eh manfaat..pujian dan kekaguman seseorang terhadap wajahmu yang ditayang tayang??adakah ia dapat meninggikan darjat mu disisi illahi..??tak ada jaminan pon wahai saudariku..malah wajah itu bakal menjadikanmu tiada harga dihadapan illahi jika kamu tidak menjaganya sesuai dengan kehendak sang pencipta diri..
Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu.Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah.
Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.
7 comments:
baeklah saudaraku...
trima kasih saudaraku...
saudara,
trima kasih ats teguran berhemah saudara. akan saudari perbaiki. ;p
kurangkn / elakkan post gambar sendiri di laman social :)
Hurm baikla
thanks ustaz.. pesanan yg baik pada diri yg selalu lupa..
terima kasih atas nasihatnya :)
Post a Comment