hinanya aku

"hadoi..dah berkurun aku hidup..hari ni baru aku dapat tau pasal rukun solat"

sebab entry sal agama..aku taruk gambar masjid..shoot by lensa pelangi
uit..rasa macam rendah diri je kan..bila dapat tau benda benda basic sal agama yang sebeleum kita tak pernah nak tau pon..tetiba akan rasa down..rasa hina..rasa macam selama ni..macam mana lah sangat hubungan kita dengan tuhan kan???

tersebut dalam satu kitab.."apabila tuhan membuka bagi kamu jalan makrifat..iaitu jalan untuk kamu lebih mengenalinya..mengenali ALLAH..maka tak usah di bimbangi tentang amalmu yang masih sedikit.dan tak usah diambil kira tentang siapa kamu pada masa lampaumu..kerana ALLAH tidak akan membuka jalan untuk kamu mengenalinya melainkan kamu merupakan insan insan yang dipilih olehnya"...

entah paham ke idak korang ni eh..meh aku kasi penerangan sikit..makna kata kata di atas..bilamana kita mula mengenali sesuatu yang dapat mendekatkan jiwa kita pada ALLAH..maka sedarlah bahawasanya ALLAH telah memilih kita untuk mendekatinya..biarpon dengan macam macam cara..ada yang baru je mengenal alfatihah dengan tak semena mena..padahal sebab tengok youtube je pon..ada yang baru tau rukun solat sebab terjumpa buku fardhu ain bebudak sekolah tertinggal dekat stesen bas..macam-macam kan cara ALLAH..dan bila kita dah dapat tau kita dah terpilih..maka..biarpon kita sehina mana..sejijik mana..amal tak seberapa..sepatutnya..kita grab peluang tu..dan menggunakannya untuk lebih mendekati ALLAH..sebab

once kita dah terpilih..maknanya kita dah diberi peluang..dan peluang..bila dah terhidang jangan sia siakannya..sebab entah ada lagi ke tak peluang untuk kita selepas ni..kita tak tau kan..satu lagi..bila ALLAH menghendaki kebaikan bagi kamu..maka akan dihantar untuk kamu..orang orang yang boleh membawa kamu kearah kebaikan..dan ini jugak merupakan satu peluang bagi kamu..maka bersyukurlah..kamu merupakan insan yang terpilih oleh ALLAH..



bukan sekadar omongan kosong

13 comments:

Anum said...

saya bersyukur

aimie amalina said...

rasa cm sayu pulak bace entri ni..
emm...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nice entri jiji

azwa amani said...

betul apa ko cakap ni jie.. tapi kdg2, manusia ni dia x sdr Allah sedang berbicara dengan dia... itulah hidayah dan nikmat kurniaan Allah..sesungguhnya Allah sangat besar karuniaNya.. Alhamdullilah, masih lagi merasakan kehambaan... takut kalau-kalau Allah tarik rasa kehambaan tu...

nice sharing :).. kemain lawa gambaq tuu.. amani like :)

tomatokering :) said...

aminnn.. mudah-mudahan... sama2 jadik manusia yg bersyukur.. ;)

Layyinul Harir said...

sumpah! best entry ni.mmg betul pun..

thnsk 4 sharing.

Iffah Afeefah said...

Sntiase rase nk blajar ilmu agama tu y pntg

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

bersyukurlah sementara masih mampu

[wani_mn] said...

baca entri ni je pun kira maghfirah dari Allah sedikit sbyk. ;)

nice sharing!

PENCONTENG said...

setuju.

merujuk kepada komen ostad di entri baruku ;

itu bahasa sinis.
haha. jangan serius sangat ostad.

may Allah protect u n all. amiin.

[sutera kasih] said...

sebak..hinanya diri ini :(

shera haifa said...

alhamdullilah.. msih lg diberi kesempatan utk mengubah diri kearah kebaikan

Cik Pulau said...

yolo....

lamonyo x singgoh sini.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved