kebodohan dalam kebaikan

cerita pasal kebaikan yang kita buat vs kebodohan kita.....kadang2 kita memang tak berapa nak berfikir dasalam setiap gerak kerja  kehidupan kita ..amalan dah banyak..tapi ada jugak sumthing yang kita buat tanpa berfikir yang mana perbuatan tu sudah cukup untuk menghapuskan ganjaran terhadap amalan amalan baik yang kita buat..cam contoh tang mengata orang lain..pergh pergh pergh..kemain tak hengat dunia tang mengata orang.amalan dah sebukup rasa pada pndangan manusia..tapi part mengata..perghh...nak mengata boleh..ada caranya dan ada syaratnya..bukan suka suki ikut hentam ikut nafsu nafsi..

teringat aku satu kisah para sahabat yang bersama nabi yang kita cintai....kisah seorang perempuan pada zaman itu..datang seorang lelaki kepada nabi menceritakan kisah perempuan ini...lalu nabi dengar sahaja tanpa bertanya...lelaki ini menceritakan yang perempuan ini kuat ibadahnya...puasa di siang hari...malam berkqiamul lail...hebat sungguh jika nak dibandingkan dengan diri aku ni hah...nabi terus berdiamm dan lelaki ini terus bercerita panjang...tapi nabi mengetahui perempuan ini suka mengata orang.....part paling sedih bila nabi cakap tidak aku lihat perempuan ini kesyurga melainkan dia ke neraka.....

berbanding cerita seorang pemuda ini...luar biasa hidupnya tapi menjadi penghuni syurga....pada satu hari nabi yang kita cintai ada buat kuliah....dok tengah tengah  nabi sampaikan kuliah tetiba nabi pun cakap kejap lagi akan datang seorang pemuda penghuni syurga....esok harinya hal demikian pun terjadi lagi....nabi berkata perkara yang samaterhadap pemuda tersebut...sampailah menimbulkan minat sahabat ingin mengetahui amalan apa yang menyebabkan baginda nabi berkata demikian....

maka seorang sahabat nabi telah pergi kerumah pemuda terbabit...lalu tidur dirumah pemuda terbabit.... mengejutkan tiada yang luar biasa tentang lelaki terbabit dalam kehidupanya...biasa sahaja tiada sembahyang malam sampai awal pagiiiii..tiada puasa sunatnya setiap hari..tak puas hati dengan apa yang dilihat...lalu sahabat nie pun terus bertanya langsung pada pemuda tadi...bahawa nabi ada berkata dia ahli syurga tapi dia tak lihat amalan istimewa yang dia miliki....pemuda terbabit berkata dia tiada amalan istimewa cuma dia tak pernah menyimpan perasan dendam atau rasa ingin menyakiti saudara islam...terkejut sahabat mendengarnya....

kadang2 termenung bila terpikir dengan diri aku sendiri....banyak amalan pun tak...tapi harap harap allah menjauhkan diri aku dari sifat yang bisa menyakiti hamba-hambanya yang lain...kerana aku tak layak untuk menyakiti sesiapa dalam kehidupan aku ini...cukuplah buat orang lain happy dan gembira...



bukan sekadar omongan kosong

3 comments:

miss inna said...

peringatan utk diri sendiri.. =)

Iffah Afeefah said...

Bgs cite ni

Bkn sush nk jdi ahli syurg cume kite ni

nk ke xnk je

Layyinul Harir said...

semoga segala perbuatan kita diredhai-Nya..

Ya Allah! berikanlah kekuatan kepada kami untuk melakukan amalan ahli syurga-Mu..AMEEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved