fathers day..haramkah?????

ostad..dah kalau hari ibu tu ada orang kata tak boleh nak celebrate bagai..maka adakah hukum yang sama digunakan untuk bapa pada hari bapa????

sapa pulak yang kata tak boleh sambut hari ibu atau bapa???bagi aku..tu bukan persoalannya..persoalannya sekarang..

Perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”(kenyataan in boleh juga digunakan untuk hari bapa okeh)

tapi..masyarakat MELAYU ni pulak..style MELAYU..suka ikut ikut..dari segenap ceruk perkara suka bebeno dok ikut ikut..dah menjadi budaya dalam masyarakat kita dari dulu sampai sekarang..budaya ikut ikut..kekadang tu..ikut sampai sesuaka suki hati..nak ikut boleh..tapi fikirkan yang kita ni beragama..dan agama kita adalah agama yang dah syumul..yang memang di'iktiraf oleh tuan empunya dunia..agama yang cukup sempurna..fikirkan tentang apa yang agama kita sarankan..bila orang yang non muslim sambut april fool kita nak sambut..bila orang sabut valentine pon kita nak sambut..bila sambut hari holloween pon kita nak sambut..hari ibu bapa pon sama jugak..

dan sememangnya pada pandangan mata yang kasar ini..cukup murni dan molek bebeno sambutan hari ibu dan hari bapa ni..tidak seperti sambutan hari valentine atau hari hari lainnya..tapi islam tak pernah nak mensyariatkan sambutan sambutan untuk kita meraikan mereka pada hari tertentu sahaja..namun..untuk sambutan hari bapa..dan hari ibu..bagi aku..tidaklah sampai hukumnya haram..kalau nak ikutkan haram..sambutan hari kemerdekaan pon haram lah..aku rasa..ibu dan bapa ni..kalau kita pegang dan cium dahi deorang pon dah cukup sangat dah menggembirakan hati mereka..manalah tau..sebab sambutan hari ibu dan bapa ni..boleh meruntuhkan ego anak anak yang ego dengan ibu bapa deorang..mana yang baik tu..boleh ambik..mana yang tak baik tu buang jauh jauh okeh..dengggg..

lepas ni sambut je hari ibu ke bapa ke nenek ke atok ke  tokwan ke..tak salah.yang penting..jangan menyimpang keluar dari agama walau apa jua cara sekalipon..macam mana yang aku kata jangan menyimpang??jangan hari ibu dan hari bapa je kemain lagi sayang menyayang mereka..hari lain diterajang nye ibu bapa...ada paham??tiap tiap hari..adalah hari untuk kita sayang dan menghormati mereka..
 

p/s
aku masih menanti jawapan dari mereka yang benar benar arif tentang pengharaman hari bapa..aku tengok orang tanya ustaz azhar idrus pon..dia takder la kata haram..cuba cek..ada tak dia keluarkan perkataan haram..kot kot aku terlepas pandang..



bukan sekadar omongan kosong

16 comments:

Aku Mad said...

betul betul.. kalau hari ibu dan bapa haram , hari guru ?

qasehraihan said...

ek?
klu gtu selamat hari bapa jugakla untuk walid awak..

Ka'Yan said...

aritu masa Hari Ibu pun, takda pula UAI kata sambut Hari Ibu haram.. samaa juga laa dengan Hari Bapa..

intan.maisarah said...

Bila aku ada anak esok,aku nak anak aky hari hari peluk cium aku

Cinta Misteri said...

Setuju3x, ikut suka kitalah nk smbut ari2 ke. Klau nk tunggu ari ibu or ari bapa yg sthn skali tu susahle. Ari lain tk ingat langsung, btw atleast ada jugaklahkn sthn skali dpt tk de langsung.

*bdk2 skrang ni, sthn skali je nk blanja mak ayh...tp sanggup perabih duit belanja gf/bf ari2. Huhuhu..

❤Cik Myra❤ said...

bagi aku , hari2 ade lah hari bapa :)

Iffah Afeefah said...

y pnting niat

ye x

Cik Pulau said...

aku duk pikir nak beli adioh ke abah aku,,
nak beli mesin welding la wehh,, mahal ko eh?? huhuhu

Mya said...

penghargaan itu setiap hari:)

hazanis said...

ni jawapan hok mek cah cari selamo nie...=)


betar2, pah lagu gapo hop sesuai dgn blog mek cah..ko xpyh letok lagu...huhu

-gedek! said...

Bila orang kata merokok haram... ramai pulak yg buat2 tak dengar...

kan?

Noraim said...

hari2 pun blh jd hari bu dan bapa.

nak sambut blh tp jgn la smpai tersimpang jauh dr agama kita.

Sunah Sakura said...

tak salah pun kalo ade satu hari special untuk diorang...ape la sangat nak bagi diorang rasa dihargai bila hari2 biasa kita memang da sayang dengan diorang...

asalkan cara sambutan dia tak menyalahi hukum dan syariat...

Miss Yaty said...

paham3.. thanks for shring. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

org kata hari2 hari ibu..hari2 hari bapa..tp tak salah raikan mereka tanda kita hargai mereka.beri mereka sesuatu tanda kasih kita pd mereka

Anna Da Lady said...

haritu saya pernah terbaca satu artkel berkenaan asal usul hari ibu. ia adalah bersempena dengan mother's day satu agama ni. sebab itu seelok2 nya tidak disambut. pasal hari bapa, saya tak pernah baca lagi.wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved