kebaikan

salam jumaat buat para kaum jejaka yang bakal bersolat jumaat..yang tak solat jumaat..toksah dok menggedik sangat nak bersalam jumaat..buat kaum kaum ibu..kaum wanita..selamat menyambut penghulu segala hari..semoga senantiasa kita semua berada dibawah lembayung rahmat dan keberkatan..

belajar untuk membutkan orang lain bahagia korang pasti juga merasa bahagia...terkadang kita rase kita sudah berbuat banyak kebaikan...lalu kita tersenyum sendiri dengan setiap perbuatan kita...alangkah indah kalo kita percaya yakin setiap pebuatan baik pasti akan dibalas dengan kebaikan...tiada yang lebih mulia hatinya selain orang yang memuliakan orang lain...sudah menjadi adat dalam perjalanan kehidupan ini kita tak terkecuali dari kebodohan yang kita cipta sendiri...cukup untuk kita mengakui bahawa kita ini orang yang sangat jahil.....

dek kerana kejahilan itu kita selalu menganiaya orang lain...bila masanya kita nak jadi orang yang bersih hatinya tulus setiap perbuatan yang akhirnya menjadi penghuni syurga yang begitu bahagia....sukar untuk kita bayangkan bagaimana kita mulakan setiap pebuatan kita itu dengan niat yang tulus dan pada akhirnya kita juga mengakhiri perbuatan kita dengan sesuatu yang membuat kita tenang kerana apa yang kita telah buat...

alangkah indahnya kehidupan ini seandainya kita terus dan terus merasa kita ingin dan ingin terus berbuat kebaikan. memang sukar nak digambarkan seandainya kebaikan itu terus menjadi teman setia kita..menjadikan kita orang yang paling beruntung....kebaikan itu lahir dari hati...walau dimana saja kita berana...tentu ketenangan akan datang seterusnya kita berbahagia dengan apa yang telah di tetapkan...




bukan sekadar omongan kosong

8 comments:

Unknown said...

buat baik tnpe minta balasan

ch000tz said...

ikhlas tu perlu

Ainul Hayat said...

Apsal aku syahdu baca entri ni? adey..

Unknown said...

hulurkan bantuan kemudian cepat2 sembunyikannya :)

Unknown said...

nak cop budak ni utk anak sedara aku.huhu

Puteri Iqa Izyan said...

ajar diri supaya sentiasa ikhlas :))

Liyana Zahim said...

Tp kalau buat baik org buat tak baik kt kite kekdg letih gak..

NurfAA said...

suke bce blog neslo..teruskan menaip..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved