Brader ustad..camne kalau aku dah solat witir pas tu nak qiamullail???

SATU PERSOALAN

mungkin ada antara kita yang pernah terfikir persoalan ni..

"biasanya aku buat teraweh 8 kat masjid.. lepas teraweh aku pon wat la witir 3 rakaat.. balik tu aku pon tido terbongkang dengan tak berbaju dan kipas yang dipicit speed 3.. besenye kompemlah sahur baru aku bangun kan.. tapi malam2 terakhir ramadhan ni aku ndak le qiyamullail tiap2 malam.. abeh cemane plak dengan ibadah aku yang dah aku tutup dengan witir tadi ek? kalo aku bangun kul 1 pagi tu bleh ke aku solat malam.. tadi kan dah witir.. pastu kan kita takleh wat witir 2x kan? sebab aku penah dengo ustaz aku baca hadith dulu.. Nabi bersabda: tiada 2x witir dalam 1 malam.. kire camne tu ek?"

hah! nak jawap cemane tuh ek?

JAWAPAN TAK SEMESTINYA SATU

kita mulakan dengan perbahasan dari segi bahasa.. witir tu maksudnye ganjil.. bermakna bilangan rakaat yang dilakukan untuk solat witir ni ganjil lah.. ganjil kalau dalam loghat pattani dipanggil 'ganal' .. tapi ganal kalau bahasa banjar maksudnye besar plak..  tak kesah la tu kan.. yang penting solat witir dibuat dalam bilangan rakaat ganjil..

mungkin ramai antara kita yang tak tau bahasawasanya dalam mazhab Imam Abi Hanifah radhiyallahu anhu hukum mengerjakan solat witir sebagai penutup ibadah harian adalah wajib berdasarkan hadith saidina buraidah:

Aku mendengar Rasulallah sallallahu alaihi wa aalihi wasallam bersabda:

الوتر حق فمن لم يوتر فليس منا
(( solat witir itu adalah suatu hak.. barangsiapa yang tak mengerjakan witir maka dia bukan daripada golonganku ))

akan tetapi dalam mazhab kita mazhab Imamuna Al-Syafie radhiyallahu anhu hukum mengerjakan witir adalah sunnah.. bukanlah wajib.. berdasarkan hadith seorang arab badwi yang bertanya kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa aalihi wasallam tentang apa yang diwajibkan keatasnya untuk melakukannya.. maka jawab Nabi sallallahu alaihi wa aalihi wasallam:


خمس صلوات في اليوم والليلة
(( solat lima waktu sehari semalam ))

badwi tersebut bertanya lagi: adakah aku wajib melakukan selain daripada itu? jawab Rasulullah sallallahu alaihi wa aalihi wasallam:


لا، إلا أن تطوع
(( tidak melainkan selebihnya hanyalah atas kerelaan hatimu sendiri ))

kemudian diakhir hadith disebutkan bahawa lelaki tersebut berpaling seraya berkata:

"Demi Allah aku tak akan menambahkan apa2 lagi daripada solat 5 waktu dan aku juga tidak sesekali akan menguranginya (meninggalkannya)"

Rasulullah menjawab : (( berjayalah dia jika dia benar2 melakukan sepertimana yang dikatakannya ))

ini menunjukkan bahawasanya solat witir hukumnya adalah sunnah.. bukanlah wajib..

itu adalah perbincangan dari segi perbezaan antara mazhab mazhab..

adapun jawapan kepada persoalan yang diajukan kat ana tadi pulak.. kita perlu lihat kembali kepada bilangan rakaat yang disyariatkan untuk solat witir..

dalam sebuah kitab ada menyebut:


صلاة الوتر من ركعة إلى إحدى عشرة
solat witir itu adalah sekurang2 (minimum) bilangan rakaatnya adalah 1 rakaat dan sebanyak2 (maximum) bilangan rakaat adalah 11 rakaat

sebaiknya bagi menyelesaikan masalah brader kat atas tadi tuh [dan jugak mungkin boleh jadi masalah kita jugak] yang teringin nak bangun qiyam selepas mengerjakan witir 3 rakaat..] maka lakukanlah solat sunat apa sahaja yang anda inginkan pada malam itu dan akhirnya tutupkan ia dengan solat witir sebanyak 8 rakaat sebagai tambahan mencukupkan bilangan rakaat paling maximum iaitu 11 rakaat..

ini adalah pendapat yang difatwakan oleh Ibn Hajar Al-Haitami rahimahullahu taala dan inilah yang sebaiknya kita ikuti..

adapun terdapat juga pendapat 'qil' (pendapat yang lemah) yang mengatakan witir 3 rakaat yang dilakukan di awal malam tadi boleh digenapkan dengan tambahan 1 rakaat lagi witir pada tengah malam.. menjadikan bilangannya 4.. sesudah itu kerjakanlah sebanyak manapun solat sunat secara 2rakaat 2rakaat dan tutupkanlah ia dengan witir sebanyak 3 rakaat lagi menjadikan bilangannya ganjil sebanyak 7 rakaat..

kalau rasa tak mampu nak wat witir tambah lagi lapan.. ameklah pendapat kedua yang agak lemah sikit.. takde masalah.. yang penting kita nak mengerjakan ibadah.. kan? ikutlah kemampuan masing2..

untuk menjawap tentang permasalahan 2 witir dalam 1 malam pulak.. hadith Nabi sallallahu alaihi wa aalihi wasallam berbunyi begini:


لا وتران في ليلة
(( tiada dua witir yang dilakukan dalam satu malam ))

maka sememangnya tak boleh la kita kalo dah wat witir 3 rakaat awal malam tu pastu kita bangun semayang malam pastu kita tutup plak dengan 3rakaat witir sekali lagi.. dah jadi 6 rakaat dan ianya bukan bilangan ganjil.. Nabi larang kita wat camtu.. maka janganlah kita buat.. sebaliknya ikutlah salah satu daripada 2 pendapat yang saya dah sebutkan tadi.. ianya tidak termasuk dalam perkiraan melakukan 2 witir dalam satu malam sebaliknya kita hanya menambah bilangan witir menjadikannya 7 atau 11..

adapun tentang hukum membaca qunut dalam solat witir dalam separuh akhir ramadhan.. hukumnya adalah sunat disisi Imam Al-Syafie dan Imam Malik.. dan terdapat juga satu riwayat daripada Imam Ahmad..

wallahu a'lam... moga2 perkongsian ini dapat memberi manfaat kita bersama.. insyaAllah..


p/s::nak tanya lagi..pi PM kat fb..



bukan sekadar omongan kosong

9 comments:

kiera'sakura said...

thanks jiji.. baru smlm aku terfikir menda nie...

Saleha said...

brader ustaz, nak tanya kalau teraweh tak buat witir takpe kan?
pastu bulehlah bangun malam buat sunat tahajud dan sebagainya kan?
adakah kita perlu tutup ngan witir gak? kalau tak buat witir langsung tak bolehke?

qasehraihan said...

brader ustad..nak tanya
kalau kita tak buat witir pas trawih sbb plan nak tahjud dlu
tp xterbuat sampai pagi
maka cne dgn trawih yg xtutup dgn witir tu ye brader ustad?hihi

iZ said...

Kan bagus kalau soal sunat witir ni diberatkan di bulan2 yg lain jugak..
Pesan ak kepada ak..

SoLy SoLicious said...

dpt lg input berguna kat sini..mekasih ostad ^^

Ainul Hayat said...

Apdet lagi ye jiji ilmu2 agama nih. Byk lagi yang aku tak tahu ni...

Saleha said...

terima kasih BRADER USTAZ atas maklumabalas yang diberi:)

i'm ezza haniza said...

oo, semalam baru terfikir, tapi selaluu after 8 rakaat , mmg sy tak buat witir pun . hihi, kot2 terbangun, ye dak?

liyana said...

owh ic...since kt mtrik lg trtnye2 pasal witir lps solat terawikh ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved