Engkau bukan malaikat.
Malaikat yang tidak pernah membuat salah.
Malaikat yang jauh dari dosa.
Malaikat yang tiada kepentingan diri.
Malaikat yang hanya memuji dan mumuja Tuhannya saban hari tanpa ada penat, lelah mahupun lemas.
Engkau juga bukan syaitan dan konco- konconya.
Yang berjanji tak akan sekali mengikut Tuhan yang mencipta mereka.
Yang suka akan dosa.
Yang cinta akan neraka.
Yang hidup matinya mahu menyesatkan insan.
Yang misi selamanya tidak mahu melihat anak adam itu mengabdikan dirinya hanya buat Tuhannya.
Engkau tak suci dari dosa, bukan juga pembuat dosa yang kekal tiada berubah.
Manusia itu ada ‘aqal, pemberian agung Tuhannya dan ditambahi dengan BukuNya yang tiada salah, ditunjuki lagi dengan contoh dalam realiti hidup seorang manusia (Muhammad SAW) yang segalanya dalam satu pakej istimewa, yakni Islam.
Tidakkah engkau itu merasa bangga akan apa yang dikurniakanNya?
Manusia itu bisa menjadi sebaik malaikat, bahkan lebih baik, tapi awas, manusia itu juga bisa menjadi syaitan dalam nafsunya sendiri yang mungkin lebih juara daripada syaitan sebenar. Na’uzubillah.
p/s
insyaALLAH..nak cuba anjurkan majlis ifthar bersama blogger blogger kat kelantan..ada beran kah????ada beran kasi PM kat fb lah
p/s
insyaALLAH..nak cuba anjurkan majlis ifthar bersama blogger blogger kat kelantan..ada beran kah????ada beran kasi PM kat fb lah
8 comments:
sejuk baca entry dia.. =)
bilo nak buat tu bos?.
ambe dok besut dok.
kalo free, boleh jugak nak join.
terubat balik hati ni. sebab baru tadi terbuat salah besar dekat ofis. huhu.. ;)
ceit aku balik kelantan raye kedua
mane aci
nk join jgk
x dok kelantam..
nice post..banyak manfaat
Manusia itu flexibel sifatnya. Hari ini berdosa, esok paling kuat imanya. Terletak kepada kemahuan masing-masing.
Salam kunjungannya bro =)
www.shahrulhairy.com
teringat ustaz cakap, manusia ini boleh jadi lebih baik daripada malaikat dan boleh juga jadi lebih jahat daripada syaitan..
manusia ada tingkat iman. :)
untung r nk wat iftar bersama.. tp jauh sangat plak nk joinnyer pun..
p/s: laju ko komen yer.. sabo je r.. xdan r nk tunjuk gambo2 majlis lagi.. hihi.
Post a Comment