nak harapkan orang lain..erm

Ramai antara kita apabila dok tersinggung dengan kelakuan atau percakapan sahabat, kita sentiasa berharap agar dia berubah sikap, supaya kita tidak lagi tersinggung pada kelakuan atau percakapan beliau.

Namun, ramai tidak sedari itu juga antara perkara yang mencari nahas dalam hubungan antara manusia - iaitu sentiasa mengharapkan orang lain berubah untuk keselesaan diri sendiri, tapi sendiri tidak mau berubah.

Mengapa mencari nahas? - kerana biasanya orang tersebut tidak akan berubah, maka segala harapan padanya untuk berubah akan berkecai, dan akhirnya menambah kecewa, dendam pada orang yang mengharap.

Jangan selalu dok berfikir penyelesaian kepada sesuatu masalah dalam hubungan sesama manusia ialah orang lain itu berubah, padahal penyelesaian sebenar adalah pada diri sendiri - kita yang harus berubah dulu.

Umpamanya,korang tersinggung dengan seorang sahabat yang korang rasa tidak menjaga kepentingan korang sebagaimana korang menjaga kepentingan dia...

Jika korang harapkan sahabat berubah untuk menjaga kepentingan korang sebagaimana korang menjaga kepentingan dia adalah jalan mencari nahas untuk merosakkan hubungan kerana ia susah berlaku dan pembaris setiap orang berlainan.

Sebaliknya ia adalah lebih mudah kalau kita yang berubah dengan mengubah pandangan pada dia, bahawa itulah beliau yang sebenarnya, dan jangan ada expectation banyak sangat pada beliau - keadaan akan menjadi lebih tenang dan hubungan akan mencapai lebih kesefahaman dan kurang la sikit sengketa dalaman hati.

Banyak perkara, jika kita inginkan perubahan, ia bermula daripada diri sendiri, dan bukan harapkan orang lain berubah



bukan sekadar omongan kosong

10 comments:

Fairuz Zainal said...

okay ustaz jiji..

Umi Anaan said...

utk dapatkan kawan baik, kita sendiri kena berubah jadi baik dulu---> sama macam Dr HM Tuah bagitahu dalam buku dia..kalau tak silap, buku 'Nak ke tak Nak'.

Ujie Othman said...

Setuju.

Bg tiap masalah yg berlaku..cth:tersinggung sbb sesuatu, pasti kita pun ada buat silap hingga perkara tu jd. Harapkn & berdoa kwn tu berubah mmg perlu, tapi mesti seiring dgn usaha dari pihak kita jugak utk perbaiki keadaan.

Unknown said...

ubah diri dlu kan ji

Unknown said...

ubah diri dlu kan ji

Mrs. Solarstreak said...

Indeed !

Nice entry Jiji ! :)

Unknown said...

info yg baik utk dikongsi...

Unknown said...

nica entry..setuju..=)

anamizu said...

dan sbb tu jgk kalo kita nk org hormat kita, kita sndiri kena pndai hormat org lain dulu.. kan? kan? kan? :)








slm ramadhan,
cik ana

Anonymous said...

Nice sharing..

Its a fact -_-" slalu je bdepan dgn masalah ni.. Dgn sahabat2.
Betul la kot.. Dont ever give high xpctation..
Ubah diri sndiri dulu jwbnya.. Maybe things would get better..

Salam ramadan + salam aidilfitri yg bakal menjelang tiba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved