Ada orang yang terus menerus melakukan dosa dan kemaksiatan dengan alasan kerana sebelumnya dia pernah melakukan dosa tersebut. Ibarat seorang pembunuh. Pertama kali dia melakukan pembunuhan, dia akan rasa bersalah. Namun, disebabkan pembunuhan pertama yang dilakukannya, dia terus lagi membunuh dan membunuh. Akhirnya dia buntu lantas berkata dengan keluhan “Aku tak mungkin keluar daripada jalan ini…”
Tidak! Bahkan Allah itu Maha Besar Rahmat-Nya dan Maha Luas Ampunan-Nya. Lupakah kita akan sebuah hadith yang menceritakan kisah seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang dan dilengkapkan dengan 100 orang?
Dalam perjalanannya untuk mencari ampunan Allah, dia mati lantas dia masih diampunkan oleh-Nya. Allahuakbar! Bagaimana kita begitu angkuh dengan Allah?
Tatkala Allah menyediakan ruang untuk bertaubat, apakah pantas kita berputus asa dengan Rahmat Allah dan menolak tawaran ampunan Allah?
Mungkin kita nampak seperti orang lemah yang tidak semangat lagi untuk hidup tetapi sebenarnya kita angkuh dengan Rahmat Allah!
Terlalu besarkah kita untuk memutuskan bahawa kita itu selayaknya di neraka sedangkan Allah menjanjikan syurga bagi orang yang bertaubat?
Terlalu besarkah kita untuk memutuskan bahawa kita itu selayaknya di neraka sedangkan Allah menjanjikan syurga bagi orang yang bertaubat?
Adakah kita itu ‘Tuhan’ sehingga boleh menentukan bahawa sesuatu perbuatan itu tidak mungkin diampunkan sedangkan Allah menanti panggilan kita?
aku sedang bermuhasabah..begitu juga kalian harus bermuhasabah..
10 comments:
muhasabah...
muhasabah..
best entry ni ostad..
aku selalu mendengar muhasabah.. tetapi tidak mendalami maksud sebenar perkataan tersebut
Salam perkenalan.
Silah berkunjung ke blog saya di www.tintaasyraf.com
Artikel baru saya : Apa Erti Kemerdekaan Buat Kamu?
Apalah sudi kiranya jika blog saya terdapat di blog list saudara/i.
Terima kasih banyak-banyak dan salam perkenalan
Allah maha pengampun.
Selamat hari raya ustad.
peringatan yang bagus dikala kita sibuk dengan raya dan merdeka..
Allahu Akbar..
cantik dp fb
haha
#aku tertanya2 knp org ske sngt judge diri terlebih dlu...blum pape da kate aku berdosa. aku tak layak mendapat pengampunan dan blah3 sedangkan Allah tu maha pengampun kan ji? emo sat
moga Allah kurniakan kita hati yang HIDUP
kita azam bersama-sama...
istighfar byk2.selalu.:))
Post a Comment