islamic playboy..euuuuwwwwww

Playboy..perkataan yang dah terbiasa sangat dengar kan..play means main..boy maknanya budak lelaki..jadi maknanya secara sempurna..'mainbudaklelaki'..tapi maksud disebalik perkataan playboy tu lebih menjurus kepada para lelaki yang sudah akil baligh yang suka suki mempermainkan perasaan wanita yang dah akil baligh jugak.

dan zaman sekarang ni dah timbul dah pulak..istilah baru lagi modern..'PLAYBOY ISLAMIK'lah sangattttttt..apa yang dimaksudkan dengan playboy islamik ni..rasanya ada yang dah tau dan ada yang  masih belum tau..playboy islamik ni.merujuk kepada si lelaki yang seringkali menggunakan ayat ayat cintan versi islamik punya untuk mencairkan hati hati para gadis..cam contoh seringkali tazkirah la..bagi kuliah subuh la..kejut tahajud la..dan bila dah dapat...dah boring..dia akan menggunakan taktik yang sama untuk gadis lain pulak..

tapi ingat..aku tak kata semua lelaki yang hafal quran..hafal hadis..belajo agama tu  merupakan playboy islamik..tapi sedar tak sedar..aku selidiki dengan lebih mendalam..memang wujud golongan jantan jantan yang menggunakan ilmu agama mereka untuk memainkan perasaan para gadis..dan terkadang gadis gadis tersebut dipilih..bukan main sapu je..dipilihnya wanita yang tak berapa tau sangat pasal agama..diberi ayat ayat kononnya nak membimbing..sapa tak cair oitt..kan..spertimana katanya saidina 'ALI karramallhu wajhah..


'Kata-kata yang benar, tetapi dipergunakan untuk tujuan yang bathil.'


tapi yang perempuan pon sebenarnya memainkan peranan penting jugak dalam mewujudkan para playboy diluar sana..memang tak berbunyik la kalau dok bertepok sebelah tangan kan..perempuan pon kena jaga hati deorang leklok..aku tau..ramai pompuan sekarang ni..mudah jatuh hati dengan para agamawan agamawan..nak  nak yang jenis cool..tapi tau agama..ye tak???sekarang ni buakn senang oit nak jumpa lelaki baik yang dpat membimbing..tapi bila dah kena jerat dan perangkap samar playboy islamik..maunye tak trauma dengan agamawan..
sebab tu la, bila seorang perempuan melepaskan geram, kononnya dia dipermainkan oleh ‘playboy islamik’, maka perlu juga ditanya kepada si perempuan , apakah sumbangannya dalam ‘permainan’ tersebut?


Ingat, memburu cinta sejati tidak cukup dengan semangat dan kata-kata, sebaliknya perlu berlandaskan ilmu, keimanan dan keyakinan yang teguh hanya kepada-Nya. Moga Allah berikan hidayah kepada kita semua,

takpon wat macam aku je senang..jumpa cik pelangi terus gitau dia..yang aku nak kawen je ngan dia..taknak kapel2..apa susah..then jumpa family dia..cakap macam tu jugak...yang aku dah berkenan dengan si pelangi..pas tu aku nak kawen dengan dia..kan senang..apa yang susahnye.. 

p/s
blog satu lagi dah hapdet..moh le usha2...http://ma-photographysz.blogspot.com/



bukan sekadar omongan kosong

9 comments:

Anum said...

salam rabu

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

memandangkan semua di hujung jari,lebih senang diorang dapatkan info mengenai islamic

fRaMe+LenSeS said...

Amboihhhh cik pelangi kau. Weeeee
Moga kau bbhgia. ;)

Sunah Sakura said...

mungkin playboy islamik tu rasa cara tu yang terbaik untuk dia kongsi ilmu agama dia dengan yang jahil...kot? =.="

cik kaki ketawe said...

tapi kalau betul perempuan ni bijak sure dia pandai menilai...yg penting jgn cepat sgt jatuh hati...ni tidak..baru ayat sikit..dah cair..kes "playboy islamik" memang byk pun...tp pada aku..selagi aku xduduk sebelah dia means kenal dia (bukan dduk sbelah menyebelah) aku memang xkan percaya...tp jgn plak bersangka buruk dgn org...hoho

∆LΣΣY∆ M∆IS∆Я∆ said...

lepas baca blog kau terus ajak en.tunang kawen .. terperajat beliau .. hahaha :)

diana said...

orang perempuan pun ada guna cara ni jugak untuk pikat lelaki..macam berpura2 la.heheh..

KonspiMaker said...

Oh ada jugak?

misz aisya said...

memang pompuan akan cpt cair ngan playboy islamik ni. tp, sbb kan aku bnci sweet talker, aku akan jauhkan dri ngan puak2 ni. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved