tachim betol gua baca cerita ini..ini cerita kasi gua menangis teresak esak dalam hati...memang betol....jika ianya benar benar rasa cinta yang dicampak dari tuhan dan cinta pada tuhan melebihi cinta pada makhluk...maka ianya tidak akan memerlukan sebab sebab untuk mencintai....jika ianya cinta yang lahir dan bertunjangkan nafsu..maka berlambak jugaklah sebab-sebab lu mencintai seseorang nya..yer ke aku ni??ikut pengalaman aku macam ye je..iye lah sangat..
♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
♥Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang..
♥Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.
♥Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu!
♥Isteri : Abang tidak dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya.
Isi surat tersebut :
“Sayangku..
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati
27 comments:
cinta tak perlukan sebab..
tapi cinta memerlukan pengorbanan..
aiceh.. haha
ya..setuju..=)
conta tidak memerlukan sebab...awww~
p/s: isteri tu sedar dari koma x lepas tu?
feeling~
ehemmm.. cinta sejati memang tak perlukan sebab.. lahir dari hati tanpa dipaksa dan diduga... ;)
ayat yg terakhir tu indah sgt ;)
bila ada yg bertanya kenapa mencintai tapi x dpt di bagi jawapan.. itu lah cinta yg sebenar.. cinta tanpa sbb
tacing ohh~
tacing ohh~
cinta tak perlu ada sebab....kadang2 kita terkedu bila ditanya, kenapa kita mencintai seseorang...tiada jawapan yang sebenarnya...
mcm pernah bca cerita nih..
cinta tak perlu sebab..
cinta itu natural touch from heart..hee
cintaa..cinta..
feeling...sob sob..
cinta tak perlukan sebab..
aku nak nangis
one word. *sweet!*
cinta hanya 1 pengorbanan.. :D
peace
cinta yg ikhlas dtg dari hati tanpa tahu mengapa..ya, tanpa sebab!
betull.cinta tanpa sebab,, kalau hanya cinta suara, wajah, kecantikkan semuanya akan hilang..
Fuyyo.. Ade ke laki cmtu ek? Fuh fuh..
senyum sore ak baco ji...huuuu~
thumb up.!.
like this bro :)
org dah syg sibuk nak tny sbb apa syg.itulah manusia
sweet sgt
unik kan anugerah Dia, sehingga tiada rezen langsung org nak sangkal kehadiran cinta :)
mencintai seseorang bukan lah kerana rupa paras dan bentuk fizikalnya.
=)org baru =D
untungla dapat suami mcm tu =)
Cinta hadir tanpa diduga. Cinta tidak memerlukan sebab kerana cinta adalah fitrah. Nice entry :D
Post a Comment